KUALA LUMPUR: Polis Daerah Ampang Jaya bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan susulan tindakan proses pelepasan air dari Empangan Klang Gate Hulu Kelang yang dilaporkan melepasi tahap bahaya.
Setakat ini sebanyak 25 peratus dari jumlah keseluruhan air dalam empangan berkenaan sudah dilepaskan secara berperingkat.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, seramai lima pegawai dan 32 anggota dari Balai Polis Melawati, Balai Polis Hulu Kelang, Balai Polis Ampang dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya telah bersiap siaga.
"Semua pegawai dan anggota itu akan terbabit dalam menghadapi sebarang kemungkinan khususnya di Taman Melawati dan kawasan berhampiran," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Mohamad Farouk berkata proses pertama pelepasan air dilakukan pada jam 11.50 malam.
"Saya meminta orang ramai untuk tidak panik dan pelaksanaan proses melepaskan air empangan dilaksanakan secara berhati-hati mengikut prosedur ditetapkan," katanya.
Menurutnya, jika berlaku kejadian yang tidak diingini, semua pegawai dan anggota akan segera dikerahkan pada bila-bila masa untuk bantuan kepada orang ramai khususnya penduduk di kawasan pentadbiran IPD Ampang Jaya.
"Saya menegaskan bahawa nyawa dan keselamatan diri serta keluarga orang ramai menjadi keutamaan," katanya.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian: Air empangan Klang Gate dilepaskan secara berperingkat
Sinar Harian
Sat Dec 18 2021
Setakat ini sebanyak 25 peratus dari jumlah keseluruhan air dalam empangan berkenaan sudah dilepaskan secara berperingkat. - Gambar/ jalanow.com
Perak perlu lebih 57,000 unit rumah menjelang 2030
Perak memerlukan 57,407 unit rumah menjelang 2030, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
China rakan penting Malaysia dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital - Teo
China merupakan rakan kongsi penting dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital di Malaysia.
Kematian Raisi, Amirabdollahian kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam - Mohamad
Kematian Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya, Dr Hossein Amirabdollahian merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam.
AWANI Ringkas: Kes denggi meningkat, 40 maut sejak Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Luncur air di tengah padang pasir di Arab Saudi
Aquarabia ialah sebuah taman tema air dengan kolam ombak buatan manusia terbesar di Asia Barat.
Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan
Jenazah suspek lelaki yang mati ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram.
Elon Musk lancar Starlink di Indonesia
ELON Musk dan Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin, telah melancarkan perkhidmatan Starlink di Indonesia semalam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 2 anggota terkorban diklasifikasi Syahid Akhirat
Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dan simpati ke atas suspek di atas tindakannya membunuh polis.
Lai Ching-te bakal angkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan
Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik yang memerintah Taiwan, dijadualkan mengangkat sumpah dan memulakan tugas sebagai presiden pulau itu pada Isnin.
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenal - Saifuddin
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenalkan hari ini bagi memastikan penggiat seni hasilkan karya berkualiti dan mempunyai nilai estetika tanpa menyentuh perkara sensitif.
Lapan daerah di Selangor dikenal pasti 'hotspot' banjir - NADMA
Sebanyak lapan daripada sembilan daerah di Selangor dikenal pasti sebagai "hotspot" banjir, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Perdana Menteri.
Kerajaan jamin kejadian banjir buruk di Selangor tidak berulang - PM
Kerajaan sekali lagi memberi jaminan akan memastikan kejadian banjir buruk yang berlaku di negeri Selangor tidak berulang.
DBKL lantik perunding reka bentuk semula parit, longkang elak banjir kilat
Ia untuk meningkatkan keupayaan infrastruktur bagi menampung jumlah air hujan, seterusnya mengatasi masalah banjir kilat.
Amanah tangguh Konvensyen Nasional, arah ahli bantu mangsa banjir
Tarikh baharu konvensyen tahunan yang sepatutnya berlangsung di Dewan Raja Muda Musa di Shah Alam itu akan ditetapkan kelak.
Agong redah banjir tinjau situasi bencana
Seri Paduka berkenan turun dari kenderaan sewaktu hujan lebat di jalan susur menghala WTC dan meredah air banjir.
Banjir: Jalan utama sekitar KL ditenggelami air
Di sekitar Jalan Raja Laut dan Jalan Kinabalu, air Sungai Gombak dan Sungai Klang juga menunjukkan peningkatan dan hampir melimpah ke jalan utama.